Fathia Latif Mahu Jadi Penyanyi Tradisional

Pelakon jelita, Fathia Latiff cukup dikenali sebagai pelakon popular. Namun begitu ramai yang tidak mengetahui Fathia menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi lagu tradisional.
Fathia mendedahkan dirinya mahu mencuba bidang kedua sebagai penyanyi ini namun belum ada platform dan medium yang betul untuk mengetengahkan bakat nyanyiannya itu.
Meneresi akuan Instagram, Fathia telah merakam video lagu ‘ Pintu Syurga’. Video itu telah telah ditonton hampir 100,000 kali oleh peminat.
Fathia Latif Mahu Jadi Penyanyi Tradisional
“Kalau ditanya, memang minat saya lebih kepada nyanyian berbanding lakonan. Namun, saya tidak mempunyai platform dan medium yang betul untuk mengetengahkan bakat yang ada.
“Jika boleh, saya mahukan lagu yang memang kena dengan jiwa saya, seperti irama tradisional. Insya-Allah, siapa tahu pada tahun ini saya akan menceburi dunia nyanyian dengan lebih serius?” katanya.
Namun begitu, ramai peminat yang mempertikaikan mutu nyanyian Fathia dan merasakan suara Fathia tidak sesuatu untuk menjadi penyanyi.
Terdahulu, pelakon popular seperti Fazura, Amyra Rosli dan Ayda Jebat juga pernah dikritik hebat oleh netizen apabila menjadi penyanyi. Netizen merasakan suara pelakon itu tidak sesuai untuk menyanyi. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...