Bekas Bintang Man.U berang dilarang masuk ke AS

LONDON: Bekas penyerang utama Manchester United Dwight Yorke menyatakan beliau berasa dirinya dilayan seperti penjenayah apabila dilarang masuk ke Amerika Syarikat.
Bekas pemain bola sepak berusia 45 tahun dari Trinidad and Tobago itu berkata, beliau dilarang masuk AS pada Jumaat lalu kerana pernah terbabit dalam satu perlawanan amal di Tehran, ibu negara Iran, pada 2015.
Beliau dalam perjalanan dari Doha di Qatar, di mana beliau bertugas sebagai penyiar bagi beIn Sports, untuk pulang ke rumahnya di Caribbean melalui Miami.
Bekas Bintang Man.U berang dilarang masuk ke AS
“Saya tidak percaya dengan apa yang terjadi,” kata Yorke kepada akhbar British, The Sun.
“Saya sudah banyak kali ke Amerika. Saya suka negara itu tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah.
“Saya sudah membeli tiket penerbangan dan mendaftar masuk serta dalam perjalanan menaiki pesawat apabila saya ditahan oleh dua pegawai. Saya berfikir ‘Apa yang sedang berlaku ni?’
“Mereka memberitahu saya ada masalah visa dan timbul amaran berkaitan dengan nama saya kerana ada cop Iran pada passport saya. Saya terbabit dalam perlawanan lagenda untuk merasmikan sebuah stadium dan tidak bermalam pun di situ.
“Kedua-dua pegawai itu memberitahu jika saya menaiki penerbangan berkenaan, saya akan dihantar balik ke Qatar apabila tiba di Amerika.
“Saya cuba menerangkan saya tidak duduk di Qatar dan hanya mahu pulang ke rumah di Caribbean.”
Bulan lalu, Presiden AS Donald Trump menandatangani perintah eksekutif menghalang sementara kemasukan orang dari Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yemen ke negara itu.
Yorke memenangi tiga kejuaraan Liga Premier Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA bersama Manchester United serta bermain di England untuk Aston Villa, Blackburn Rovers, Birmingham City dan Sunderland.
Previous
Next Post »
loading...