3 BERANAK MAUT DIGILIS LORI PASIR

MELAKA – Tiga sekeluarga maut apabila motosikal ditunggangi mereka bergesel dengan sebuah lori pasir dalam kejadian di Bukit Lintang, Ayer Molek di sini hari ini.
Nahas yang berlaku pada pukul 1.30 petang itu mengorbankan Mohd. Lazi Mohd. Taher, 35, dan dua anak perempuannya, Nur Farisha Amanina, 8, serta Nur Balqisha Amani 5.
Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Difahamkan, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Bukit Larang di sini selepas Mohd. Lazi menjemput Nur Farisha dan Nur Balqisha pulang dari Sekolah Kebangsaan Telok Mas dan Tabika Kemas Bukit Lintang.
3 BERANAK MAUT DIGILIS LORI PASIR
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, semasa kejadian motosikal yang ditunggangi tiga beranak itu bergesel dengan sebuah lori pasir menyebabkan mereka terjatuh sebelum digilis oleh kenderaan berat tersebut.
Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
Previous
Next Post »
loading...