Pelakon yang cukup popular di Indonesia kerana kontroversi sindikit pelacuran, Nikita Mirzani sekali lagi telah tular di media hiburan apabila video merelakan payudaranya disentuh oleh dua lelaki tular.
Aksi itu telah berjaya dirakam semasa Nikita hadir untuk satu temubual khas bersama dua orang pengacara lelaki. Pelakon filem ‘Perempuan Perempuan Liar’ ini telah menjadi bahan kritik netizen.
Menurut Nikita, aksi dua lelaki memegang payudaranya itu tidak di lakukan secara percuma. Namun, Nikita telah mengenakan bayaran yang mahal untuk harga menyentuh payudaranya itu.
“Video itu sudah setahun lamanya. Video itu dilakukan atas dasar kontrak iaitu dibayar Rp800 juta (RM266,477 ribu),” katanya.
Katanya, Nikita juga akan memberi keizinan dua lelaki itu untuk memegang payudaranya itu bukan hanya kerana duit. Tetapi, Nikita membenarkan lelaki itu memagan payudaranya kerana mereka berdua bukan ‘lelaki sejati’.
Status bukan ‘lelaki sejati’ telah digunakan oleh Nikiti sebagai tanda ‘menghalalkan’ payudaranya untuk dipegang oleh lelaki.
“Itukan mak nyah, bukan lelaki asli,” katanya.
Terdahulu, Nikita sering dilabel oleh netizen sebagai selebriti yang berimej liar. Imej seksi dan liar Nikita memang tidak dapat dipisahkan, cara hidup terlalu ‘bersosial’ adalah perkara biasa pelakon itu. –UtaraNews.com