Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, sehingga kini masalah tersebut kian meruncing yang mana dianggarkan kira-kira 4,000 premis urut didapati beroperasi secara haram di Selangor ketika ini.
“Jumlah itu kita perolehi berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh oleh 200 sukarelawan kita di sekitar negeri antaranya di kawasan Gombak, Ampang, Petaling Jaya dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.
Tambah Jamal, susulan daripada masalah itu, beliau secara sini mencadangkan supaya Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya mengadakan ‘Program Rumah Urut Selangorku’ berikutan lambakan premis tidak bermoral itu di negeri ini. – UTUSAN ONLINE.