Pengakuan Berani Gadis Yang Lebih Sukakan Suami Orang

Alor Setar– “Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang.” tulis seorang wanita di laman sosial. Status itu telah menjadi tular dan mendapat kritikan hebat oleh netizen terutamanya golongan wanita.
Luahan berani wanita ini kerana sudah berkali-kali telah jatuh cinta dengan suami orang. Bukan hanya sekali dua wanita ini mempunyai pengalaman bercinta dengan suami.
Kali ini sahaja sudah masuk empat kali wanita itu bercinta dengan suami orang. Menerusi status itu wanita itu dilihat seperti bangga kerana sudah berjaya merosakkan rumah tangga yang telah dibina oleh pasangan suami isteri.
Pengakuan Berani Gadis Yang Lebih Sukakan Suami Orang
Menurutnya, bercinta dengan lelaki bujang tidak dapat menunjukkan bahawa lelaki itu betul-betul ikhlas mencintai pasangannya. Tetapi, bercinta dengan suami orang tahap cinta sebenar itu dapat diukur apabila lelaki itu sanggup tinggalkan isteri dan ahli keluarnya hanya untuk mengejar wanita lain.
“Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang.
“Macam mana kau yakin lelaki bujang betul-betul cintakan kau? Macam mana dia cintakan kau out of loneliness? Macam mana kalau dia layan kau sebab kau seorang je yang layan dia, so dia takde choice, dia ambil jelah kau.
“Tapi bila kau cinta dengan suami orang, even he has a choice.. he still chooses you.
“Paling seronok dia sanggup tinggalkan isteri dia untuk kau,” ujarnya.
Status wanita ini telah dikecam hebat oleh netizen, ada juga yang berharap wanita ini akan merasa pedihnya hati apabila rumah tangga yang dibina bersama suami hancur disebabkan wujud orang ketiga. – MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...