Populasi Di Malaysia pembelian kereta baharu terdiri dari fresh graduate atau graduan yang baru bekerja adalah tinggi. Ramai yang tidak mengetahui membeli kereta pada dua tahun pertama adalah satu kesilapan besar untuk fresh graduate atau graduan yang baru bekerja.
Terumatanya buat graduan yang bergaji RM1800 hingga RM2500. Peningkatan membeli kereta ini semakin meningkat berikutan wujud tawaran beli kereta ‘skim tanpa deposit’.
Tawaran seperti ini memang dapat ‘memancing’ anak-anak muda untuk memiliki kereta idaman mereka sendiri tanpa perlu mengeluarkan deposit yang banyak.
Namun begitu, ramai anak muda yang tidak mengetahui membeli kereta tanpa bayaran deposit, secara automatik bayaran bulanan dan interest bank akan menjadi lebih tinggi.
Apabila bayaran setiap bulan tinggi dan tempoh bayaran yang panjang. Ramai anak muda yang tidak mampu membayar hutang pinjaman kereta dan pihak bank terpaksa isytihar muflis.
Seorang lelaki telah berkongsi pengalaman membeli kereta baru dan perkara itu telah tular di media sosial. Lelaki itu berkongsi kos yang tinggi perlu disediakan apabila membeli kereta baru.
“Aku yang beli Vios pun sakit nak bayar ansuran bulan RM900. Minyak sahaja dah RM200 sebulan. Tak campur lagi dengan maintenance kereta semasa service setiap 3 bulan sekali. Sekali service antara RM300-RM400. Kena jugak sediakan duit sekiranya berlaku kerosakan seperti tayar bocor atau kemalangan.
“Tayar bocor ganti dengan tayar baru RM250 sebiji. Bayaran parking kereta pun kena ambil kira. Bila beli kereta baru, mesti teringin nak make up kereta kan? Tambah skirting, spoiler, tukar audio, letak tinted gelap, tukar sport rim..kos nak make up kereta tu je dah mencecah RM2000 hingga RM3000,” ujarnya.
Kos yang tinggi ini punca anak-anak muda tidak mampu untuk membeli rumah dan hanya mampu menyewa sahaja walaupun sudah mendirikan rumahtangga.
Sepatutnya graduan lebihkan simpanan kerana banyak benda yang lebih penting untuk di beli sebelum membeli kereta. Nampak seronok melihat kawan-kawan yang membeli kereta besar dan mewah tetapi itu semua hanya hutang.