Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata semua wanita berkenaan, berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan petang semalam.
Menurutnya, tiga wanita yang dipercayai pekerja taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada pukul 4.20 petang semalam.
"Hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus taska berkenaan, ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada pukul 5 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi, tersebar di laman sosial.
Menurut Othman, kanak-kanak terbabit juga telah menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
- Bernama