Isteri jangan lupa diri bila mampu berdikari

Sebelum ini saya pernah baca tentang seorang suami pos tentang isteri dia curang dengan lelaki lain sebab ada lelaki lain yang lebih mengambil berat tentang dirinya. Saya terasa sakit hati bila isteri terlalu berdikari itu tapi tidak adalah sampai curang sebab saya duduk sekali dengan suami, bukannya PJJ.
Saya dan suami sudah kenal dalam 4 tahun sebelum kahwin dan saya juga ada kerjaya sendiri. Saya kerja ikut bidang saya masa ambil degree. Alhamdulilah rezeki saya, tidak pernah menganggur selepas tamat belajar.
Isteri jangan lupa diri bila mampu berdikari
Jadi dalam masa itu, saya memang sudah biasa hidup sendiri, sewa bilik saya bayar sendiri. Saya ada kereta yang saya bayar sendiri dan nak pergi mana-mana pun saya pergi sendiri, tidak harapkan sesiapa pun walaupun sudah berpunya. Macam itu jugalah dengan kerja-kerja di rumah dan sebagainya, saya mampu berdiri atas kaki saya sendiri.
Salah satu faktor mungkin sebab mak saya juga ibu tunggal (bercerai dengan ayah masa saya umur 12 tahun) jadi saya membesar tengok ibu usaha untuk besarkan kami, beli barang-barang perabot rumah, nak maintain rumah, semuanya sendiri. Saya sebagai anak sulung, sangat terkesan dengan cara kami dibesarkan. Mak selalu pesan jangan harapkan sesiapa. Kita sendiri kena usaha.
Suami saya pula anak last. Keluarga dia biasa-biasa saja Dia tak lah manja cuma dia dibesarkan dengan mindset ‘kerja rumah kerja orang perempuan’ .
Masa awal kahwin memang saya mengalami masalah atas sebab mindset ni. Yelah, saya pun bekerja tapi kerja rumah juga saya kena buat? Dia balik kerja samada tidur atau tengok tv. Tapi saya balik kerja, kena kerja lagi. Tak sama macam duduk bujang, duduk pun bilik sewa je. Bukan ada apa nak kemas pun. Seminggu sekali kemas pun tak apa. Ni dah duduk serumah, berdua. Maca-macam ada nak kena buat.
Saya jadi lagi stress bila diuji, elok sebulan kami masuk rumah sewa, suami diuji dengan company dia nak tutup jadi dia terpaksa berhenti kerja. Zaman sekarang ini agak susah nak dapat kerja yang elok dan stabil. 2 bulan saya carikan dia kerja. Saya jadi tertekan, dalam hati asyik berdoa “janganlah aku jadi macam salah seorang isteri-isteri yang hanya bela biawak hidup kat rumah” sampai macam itu sekali saya takut.
Padahal suami bukanlah org yang tidak bertanggung jawab pun, cuma saya memang takut jika dia secara tak sengaja ambil kesempatan dgn saya yangg ada income stabil mampu bayar sewa rumah, kereta, personal loan and study loan semua sendiri.
Konsep saya senang, saya tidak mahu buat kerja/tanggung lebih dari apa yang dia tanggung. Jadi kami bahagi komitmen dan kerja rumah juga kami bahagi. Mula-mula memang suami banyak mengeluh itu ini, katanya itu ‘kerja saya’ tapi saya pekakkan telinga dan suruh jugak dia buat.
Kebetulan masa tu kami belum ada mesin basuh lagi, jadi setiap minggu kami ke coin laundry. Baju banyak, jadi dia yang angkat. Saya bagi alasan kata berat.
Kadang saya sengaja mintak tolong dia ambil itu ini, belikan itu ini, walaupun saya mampu sebab saya nak dia terlibat di dalam hal rumahtangga/relationship ini. Saya tidak mahu buat seorang. Kemas tempat tidur pun saya suruh dia susun bantal belah dia and saya ajak lipat comforter sekali.
Sebelum ini bukan lah taktau lipat. Tahu saja mahu lipat tetapi sebab kita yang selalu buat, dia akan abaikan saja kalau tidak kemas. Betul tak para suami?
Bab dia kena berhenti tadi, alhamdulillah lepas 2 bulan menggangur, dia sudah mendapat kerja. Jadi selama 2-3 bulan itu sayalah yg bayar segala benda. Kami kongsi bayar komitmen, dan dia bayar lebih dari saya walaupun gaji saya hampir 2x ganda lebih dari gaji dia.
Pendek kata, sekarang ini dia sudah boleh terima untuk berkongsi bukan sahaja dari segi komitmen bulanan tapi juga hal2-hal menguruskan rumah tangga. Ada masa itu dia duduk and tiba-tiba cakap “saya bangga dengan diri saya sebenarnya, saya pun tak sangka.”
Masa itu kami baru berhempas pulas kemas rumah masa nak Raya Haji. Saya sudah agak dia mesti maksudkan bab kerja rumah. Saya cakaplah “awak tidak sangkakan awak boleh buat kerja rumah” dia angguk dan senyum saja.
Kali ini Allah SWT pula mahu menguji saya. Masa tengah mengandung 5 bulan, company tempat saya bekerja pula mahu tutup. Saya terpaksa berhenti. Saya risau sebab selama ini kan kami berkongsi bayar komitmen bulanan, sebab gaji dia cukup-cukup sangat, kadang terkuruang. Sayalah yang akan topup kalau tidak cukup.
Tetapi suami saya tenang saja cakap, “tidak mengapalah, nak buat macam mana, InshaaAllah rezeki itu ada.” Jadi dialah yang menanggung saya pula sepenuhnya. Bila-bila semua makan minum, pakaian saya, semua dia tanggung.
Walaupun saya jenis yang tidak boleh duduk di rumah saja, saya buat macam -macam bisnes online. Dapatlah dalam sebulan RM1,000 untuk bayar bahagian yang sepatutnya saya bayar itu. Sekarang gaji saya jauh lebih kurang daripada gaji dia.
Mungkin ada hikmahnya, Allah SWT mahu tunjukkan kepada saya yang selama ini saya rasa saya boleh buat semua benda, tetapi sekarang saya bergantung kepada suami dan suami juga ada hikmahnya, saya paksa dia terlibat dalam hal rumahtangga. Sekarang dia yang banyak tolong apa yang patut. Saya sudah sarat tunggu masa saja ni, mana larat.
Buat para isteri, janganlah kita rasa bila kita mampu berdikari. Ada bagusnya, cuma jangan terlalu buat semua benda sendiri sampai suami terabaikan kita. Suami pula, jalankanlah tanggungjawab anda seperti biasa walaupun isteri anda mampu. InshaAllah bahagia.
Previous
Next Post »
loading...