Salah satu aplikasi yang popular pada ketika ini mampu menampilkan diri secara 'Live' sambil berkomunikasi dengan menjawab setiap komen atau soalan yang diutarakan oleh pengguna lain dalam ruangan chat sedang popular di kalangan anak muda hari ini.
Terdapat pengguna yang nakal cuba bertanyakan soalan yang menarik minat gadis yang 'live' untuk menjawab dengan terus terang. Soalan biasa yang diajukan seperti kerja, sekolah dan ada yang mengajukan soalan berkenaan seks.
Amy nama samaran seorang gadis yang sering 'live' dalam applikasi tersebut mempunyai cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Amy mengakui beliau baharu sahaja mencecah 21 tahun kepada pengguna yang bertanyakan soalan.
Pada masa sama, Amy tanpa segan silu mendedahkan aktiviti seks beliau. Ada soalan daripada seorang pemuda yang bertanyakan kepada Amy dengan siapa beliau lakukan seks pada pertama kali.
Tenang sahaja Amy menjawab pernah melakukan pertama kali dengan kenalan Facebook. Amy turut menceritakan bahawa beliau boleh melakukan seks bersama lelaki yang hanya dikenali dalam masa lima minit.
Amy turut berbangga bahawa beliau mampu melakukan seks dengan lima lelaki secara bergilir-gilir dalam tempoh 10 minit seorang. Amy turut menjanjikan kepada pengguna applikasi berkenaan jika mahukan beliau boleh menghubunginya melalui telefon.
Melihat keadaan sebegini rupa, ada yang menyalah guna applikasi dan menggunakan ia untuk memuaskan nafsu sahaja. Memang jelas keruntuhan akhlak anak muda mula menular dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut daripada terus menjebak anak muda negara ini.-Sarawakiana