Gadis 14 tahun di Kelantan sanggup serah Dara pada Teman lelaki

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, tadi, atas tuduhan merogol kekasih bawah umur sehingga mangsa mengandung.
Tertuduh yang berusia 19 tahun didakwa dua kali merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 4 bulan pada tahun lalu.
Gadis 14 tahun di Kelantan sanggup serah Dara pada Teman lelaki
Pada tuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Padang Salim, Peringat, di sini, antara jam 2.30 dan 4.30 petang dalam bulan September.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa sekali lagi merogol mangsa di lokasi sama antara jam 11.30 pagi dan jam 4.30 petang dalam Disember, tahun sama.
Akibat dirogol teman lelakinya itu, mangsa yang masih bersekolah tersebut mengandung, namun keguguran ketika usia kandungannya enam bulan.
Mangsa memaklumkan mengenali teman lelakinya itu ketika satu sambutan tahun baru pada tahun lalu. Hasil dari perkenalan tersebut, mangsa sering dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya selepas waktu persekolahan.
Dan demi membuktikan cinta, mangsa akhirnya menyerahkan ‘mahkota’ keperawanannya kepada teman lelakinya itu.
Previous
Next Post »
loading...