Cina Dengki Cuba Lingkupkan Perniagaan Umat Islam

Jenama ‘Gardenia’ adalah satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tagline yang sentiasa diingati oleh pengguna adalah “ Gardenia So Good You Can Even Eat It On Its Own” untuk setiap iklan yang ditayangkan.
Namun begitu, ada pihak mendedahkan telah menjadi mangsa makan roti sambal bilis jenama Gardenia yang telah berulat. Roti yang telah separuh dimakan itu terdapat banyak ulat yang masih hidup.
Pengguna laman sosial dikenali sebagai Kenny Oil meluahkan rasa kecewa dan jijik apabila menjadi mangsa memakan ulat yang terdapat di dalam roti yang telah dibelinya di sebuah kedai serbaneka.
Cina Dengki Cuba Lingkupkan Perniagaan Umat Islam
Menerusi laman sosial facebook Kenny meminta semua pihak untuk lebih berhati-hati apabila membeli makanan terbabit.
Pihak Garnedia telah mengambil serius perkara ini dan telah menyiasat lebih lanjut perkara ini. Menerusi laman web rasmi syarikat Gardenia, pihak mereka telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan roti sambal bilis mereka terdapat ulat.
Dakwaan lelaki itu mengatakan roti sambal bilis itu mengandungi ulat hidup adalah tidak berasas dan tidak benar. Ini kerana kerana proses pembakaran yang suhunya mencecah 240°C selama kira-kira 12 minit akan tentu mematikan ulat tersebut.
“Suhu yang akan membunuh serangga perosak tanpa mengira kitaran hidup (dari peringkat telur ke dewasa) secara umum adalah 48°C. Semakin tinggi suhu, semakin singkat proses pembunuhan.
“Oleh demikian, kami mengesyaki bahawa pos tersebut telah didorong oleh niat jahat dan kami menyeru kepada semua netizen di luar sana untuk membetulkan penyataan yang salah.
“Kami amat hargai jika anda dapat kongsikan kenyataan ini kepada rakan-rakan anda di internet. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-3228,” tulisnya.
Sejak TS Mokhtar Al-Bukhary mengambil alih syarikat terbabit terdapat beberapa kes yang berlaku didakwa cuba untuk menfitnah syarikat Gardenia. Sebelum Gardenia diambil alih oleh TS Mokhtar , Gardenia berada di bawah ‘supply-chain’ orang bukan Islam. –MissA/UtaraNews.com
Previous
Next Post »
loading...