Anu Tersangkut Dalam Botol Selepas Kencing

KLANG: Padah kencing dalam botol, seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas alat sulitnya tersangkut dalam sebuah botol mineral di Telok Gong, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun menggunakan botol tersebut untuk membuang ‘hajat kecilnya’ tetapi tidak kesampaian selepas kemaluannya tersangkut.

Anu Tersangkut Dalam Botol Selepas Kencing

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa cuba memotong botol dengan menggunakan gergaji tetapi gagal hingga menyebabkan kemaluannya luka dan mengalami pendarahan yang banyak.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang selain Andalas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 5.25 pagi.

“Anggota berjaya memotong botol itu dan mengeluarkan kemaluan mangsa dalam tempoh 10 minit.

“Mangsa diberi rawatan awal bagi mengentikan pendarahan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC
Previous
Next Post »
loading...