Menurut Munna, ketika dia sedang menggunting rambut pelanggannya di kedai, dia telah menerima satu pesanan mesej ke telefon bimbit miliknya.
Menurutnya, dia terkejut apabila mesej itu memaklumkan wang berjumlah Rs999,999,999 (RM65,520,330) dikreditkan ke dalam akaun miliknya.
“Saya sangat terkejut apabila menerima mesej berkenaan dan pada mulanya menyangka ia dihantar rakan saya yang mahu bergurau.
“Apabila saya menunjukkan mesej itu kepada rakan saya, dia memberitahu bahawa itu mesej yang dihantar oleh bank,” katanya.
Bagaimanapun menurut pengurus Bank berkenaan, AK Dwivedi, pihaknya telah menarik semula duit berkenaan dan akaun Munna telah kembali normal. - Siakapkeli.my