Namun apa yang menyedihkan ialah cinta sucinya itu ditolak mentah-mentah oleh guru wanita berkenaan dan kisahnya tersebar menjadi viral menerusi seluruh laman sesawang negara itu.
Menerusi sebuah video yang tersebar, pelajar lelaki memakai trek warna biru putih dilihat melutut di hadapan kain rentang berwarna merah tertera ‘Teacher Li, I love you! Marry me!’ sambil menghulurkan sejambak bunga kepada.
Tidak cukup dengan itu, pelajar lelaki itu turut meminta bantuan kawannya untuk memainkan Ukulele dengan iringan muzik ditujukan istiewa kepada guru wanita tersebut.
Aksi pelajar itu disaksikan oleh beberapa pelajar lain. Namun apa yang terjadi? Guru yang dikenali sebagai Li itu bagaimanapun langsung menolaknya mentah-mentah.
“Jangan bazirkan masa saya” kata Li.
“Saya sudah punya teman lelaki,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, pelajar lelaki itu tetap nekad dengan perasaannya malah cuba memujuk guru wanita berkenaan dengan sebentuk cincin.
Namun guru wanita itu enggan menerimanya dilihat memijak-mijak jambangan bunga dan menolak bahu pelajar terbabit sebelum bertindak menendang speaker box. – MYNEWSHUB.CC