'Raja Ikan' Empurau Dijual Dengan Harga RM180 Hingga RM480 Sekilogram

SIBU: Presiden S.K. Tiong Group Of Companies Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok berkata, CCK Fresh Mart Sdn. Bhd. berbangga kerana dapat menjual ikan empurau segar dan berkualiti tinggi dengan harga berpatutan menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Memetik Utusan Sarawak, Tiong selepas merasmikan jualan ikan empurau di premis CCK Fresh Mart Sdn Bhd di Sibu pada Rabu berkata, “raja ikan” itu dijual bergantung kepada saiz iaitu RM180 sekilogram sehingga RM480 sekilogram.

Tiong yang juga Pengerusi CCK Consolidated Holdings Berhad itu berkata, ada rakannya memberitahu ikan empurau boleh dijual sehingga RM1,800 sekilogram.

Tiong turut berkata, bahkan di restoran Singapura ikan empurau dijual mencecah harga S$1,825 sekilogram.

'Raja Ikan' Empurau Dijual Dengan Harga RM180 Hingga RM480 Sekilogram

Katanya lagi, pada masa kini terdapat banyak ikan empurau yang diternak, tetapi aromanya tiada lagi rasa buah-buahan.

Tiong mengaku beliau menterjemahkan nama ikan empurau itu ke dalam bahasa Cina bermaksud “forever young”.

Bagi Tiong, ikan forever young menjadi hidangan yang sangat bermakna untuk makan Malam Tahun Baru Cina ketika masyarakat Cina mencari hidangan bertuah untuk makan malam.-Sarawakiana
Previous
Next Post »
loading...