"Jangan Jadi Macam Jamal Ye", Pesan Siti Nurhaliza



Kuala Lumpur, 21 Dis - Aksi Jamal Yunos yang dilihat bertuala ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pagi ini untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor bukan sahaja menjadi viral malah turut mencuri tumpuan artis popular, Siti Nurhaliza.

Di Instagramnya, Siti memuat naik kembali foto Jamal yang bertuala itu.

"Jangan jadi macam jamal ye.. 👎👎👎 #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

"Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol", tulis Siti di kapsyen tersebut berseloroh.
"Jangan Jadi Macam Jamal Ye", Pesan Siti Nurhaliza

Menurut hashtag yang dimuat naik oleh Siti, difahamkan beliau juga mengalami masalah air namun dia sudah bersedia menghadapi masalah itu.

Foto yang dimuat naik oleh Siti itu mendapat 12 ribu likes dan lebih 1,000 komen.

Jamal hari ini telah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” kata Jamal.

Previous
Next Post »
loading...