Isteri Trauma "Dirogol" Suami Di Sibu

SIBU: Seorang wanita berusia 35 tahun trauma akibat sering 'dirogol' oleh suaminya sejak 7 tahun lalu.

Difahamkan, mangsa sering dipaksa mengadakan hubungan seks secara kasar oleh suaminya sendiri di rumah kediaman mereka di Rejang Park disini.

Memetik laporan akhbar  tempatan, wanita berkenaan yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit mengalami kesakitan teramat kerana dipaksa melakukan hubungan seks hampir setiap malam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Martin Khoo mengesahkan kejadian tersebut dan suspek yang merupakan suami mangsa berusia 48 tahun telah ditahan dan direman sehingga 3 Disember ini.

Isteri Trauma "Dirogol" Suami Di Sibu

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis kes masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.-Sarawakiana
Previous
Next Post »
loading...