Fauzi Dilantik Ketua Pengarah Finas Baharu

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob dilantik menjadi Ketua Pengarah Finas yang baharu berkuat kuasa pada 1 Januari 2017.

Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib menerusi kenyataan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak sewaktu majlis Penyampaian Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITCF) di Pawagam Mini P. Ramlee, Finas sebentar tadi.

Fauzi, 56, telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah selama tiga tahun sejak 2013.

Fauzi Dilantik Ketua Pengarah Finas Baharu

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Komersial Finas, Azmir Saifudin Mutalib pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas yang baharu.

Sebelum ini, Finas diterajui oleh Datuk Kamil Othman yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah agensi itu selama dua tahun sejak dilantik pada 2014. - K! ONLINE
Previous
Next Post »
loading...