Terbakar dipanah petir

Petaling Jaya: Bumbung rumah anak yatim di Jalan 20/2A, Taman Paramount, di sini, terbakar 70 peratus akibat litar pintas selepas disambar petir ketika hujan lebat, hari ini.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Jaswant Singh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.24 petang dan satu jentera bersama lima anggota dikerah ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati bumbung rumah anak yatim berkenaan sudah terbakar lebih 50 peratus.
"Api berjaya dikawal sepenuhnya 15 minit kemudian. Punca kebakaran dipercayai akibat kotak fius rumah anak yatim disambar petir ketika hujan lebat," katanya.
Terbakar dipanah petir

Seramai 13 kanak-kanak yang berada dalam rumah itu terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 8:39 PM
Previous
Next Post »
loading...