Meninggal selepas pecah rumah

Alor Gajah: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah rumah ditemui mati selepas diserang asma dalam kejadian di sebuah rumah tinggal di Jalan Ayer Paabas, Paya Datok, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi , mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan belakang rumah terbabit dalam keadaan tersandar.
Jurucakap polis berkata, si mati dipercayai masuk ke dalam rumah tinggal berkenaan melalui bumbung zink untuk mencuri dan keluar melalui pintu belakang sebelum tiba-tiba tidak sedarkan diri.
Meninggal selepas pecah rumah

"Hasil pemeriksaan ke atas mayat tiada sebarang kesan kecederaan akibat pergelutan atau pergaduhan ditemui sebaliknya terdapa luka di siku dan beberapa kecederaan kemungkinan akibat daripada terjatuh dari bumbung.
"Polis turut menemui barangan milik pemilik rumah dan sejumlah dadah berhampiran lelaki itu selain ditangan kirinya terdapat 'Ventolin' alat bantuan bagi pesakit asma," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.
Previous
Next Post »
loading...