Meletup sebelum sempat dilempar

Lenggong : Pekebun hancur tangan kanan selepas mercun bola yang hendak dilempar kepada gajah yang sering merosakkan tanamannya di Kampung Ulu Jepai, Gelok, di sini, meletup di tangan 6.30 pagi tadi.
Mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan menggunakan mercun itu untuk dilemparkan kepada gajah yang merosakkan tanaman berhampiran rumahnya.
Ketua Kampung Gelok Kamarudin Hamzah berkata, mangsa sebelum ini meluahkan perasaan marah terhadap gajah berkenaan yang sering memusnahkan tanamannya seperti pisang sehingga sering kerugian.
Meletup sebelum sempat dilempar

“Pagi tadi, saya diberitahu penduduk kampung mangsa yang terdengar kehadiran gajah itu kira-kira 100 meter dari rumahnya terus bertindak memasang mercun bagi menghalau serta menakutkan haiwan liar itu supaya masuk ke dalam hutan semula.
"Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila mercun yang dipasangnya tiba-tiba meletup menyebabkan tangan kanannya hancur,”katanya di sini.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:54 PM
Previous
Next Post »
loading...