Lelaki didakwa tumbuk tunang

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa memukul tunangnya yang juga seorang jururawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu sehingga retak tulang pipi, minggu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Zulkhairi Misman, 26, yang merupakan bekas seorang jururawat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah.
Masing-masing bekerja di hospital swasta yang sama.
Lelaki didakwa tumbuk tunang

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulkhairi didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Natasha Shareena Hairil Anuar, 24, dengan menumbuk sehingga retak tulang pada bawah mata sebelah kanan mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No 9, Jalan SS 20/18, Damansara Kim, Damansara di sini pada pukul 12.25 tengah malam, 7 November lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4QAuK5PTT 
Hakcipta terpelihara 
Previous
Next Post »
loading...