Disaman RM44juta Kerana Enggan Bogel

Aktres cantik Amber Heard disaman oleh produser filem tersebut iaitu Chris Hanley dan Jordan Gertner kerana menolak melakukan adegan berbogel di filem berjudul London Fields, padahal beliau sudah menandatangani kontrak.

Laporan The Hollywood Reporter menyebut, aktres berusia 30 tahun itu dituntut untuk membayar sebanyak USD 10juta (kira-kira RM44,088,500) akibat melanggar perjanjian kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

Heard yang memengang watak sebagai Nicola Six dalam filem berkenaan sejak dari awal lagi sudah sedia maklum bahwa karakternya itu menuntutnya tampil tanpa seurat benang,

Bahkan jalan cerita naskah itu telah diberi label sebagai "cabul, provokatif, dan sarat dengan adegan telanjang".

Disaman RM44juta Kerana Enggan Bogel

Tuntutan saman tersebut telah difailkan pada 21 November lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Kes tersebut akan dibicarakan selepas hubungan tegang antara produksi dan pelakon itu kembali reda.

Selain Heard, film berkenaan turut dibintangi aktor-aktor hebat seperti Billy Bob Thornton, Cara Delevigne, Theo James dan Johnny Depp.- MD
Previous
Next Post »
loading...