Dah buat segala persiapan dan tempah lokasi untuk menyambut hari istimewa anaknya Aaisyah, tapi tak tak boleh pergi lah pulak.. Terpaksa lah Che Ta menyambut hari lahir Aaisyah di Malaysia jer, itu pun di hotel mewah u’olls.. Duit melabur untuk benda lain boleh, bila diminta bayar cukai tak boleh pulak Che Ta yer!
Sampaikan hari ni Miss tengok masih menjadi bualan hangat isu panas ni.. Lagipun ni bukan kali pertama berlaku kat Che Ta, dah kali kedua u’olls.. Bikin malu jer Che Ta oiii! Tayang kemewahan bukan main lagi, nak bayar cukai pun tak mampu.. Haishh..
Menarik perhatian lagi tu bila Che Ta beritahu dia tak mampu nak melangsaikan jumlah besar cukai tertunggak buat masa sekarang.. Tak mampu lah sangat! Gara-gara isu panas ni jugak lah bikin Che Ta bergaduh besar dengan peminatnya di akaun Instagramnya..
U’olls tengok jer lah peperangan yang tercetus antara Che Ta dan peminatnya tu.. Panas betoii! Sampaikan Che Ta maki peminatnya dengan menggelarkan beruk dan bodoh.. Boleh tahan jugak mulut Che Ta yer.. Maybe Che Ta marahkan sangat peminatnya tu kerana isu tak bayar cukai lah..
Nak beritahu dia bayar cukai.. Itu pasal Che Ta beriya-iya beritahu yang dia bayar cukai pendapatan sejuta setahun, tapi kononnya masih tak cukup.. Tak cukup atau dia bayar tak cukup yer?? Tak akan lah pihak berkuasa nak sekat dia ke luar negara kalau dia bayar cukai cukup kan..
Agaknya Che Ta yang tak menetapi syarat, itu pasal tertunggak sampai jumlah yang besar! Miss rasa Che Ta tak patut marahkan orang lain macam tu sekali secara terbuka.. Sepatutnya dia perlu fikir cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.. Lama-lama tertangguh, kempunan pulak Che Ta nak pergi ke luar negara! Hahaha.. ~ Misshana