Nampaknya lepas ni semua orang nak makan kena masak sendiri kat rumah la untuk menjamin kebersihan makanan.. Sebab beli makanan kat luar, dah tak dapat nak menjamin kualiti kebersihan..
Terlalu banyak pewarna atau bahan-bahan merbahaya yang diletakkan.. Terbaru, dah viral satu video yang menunjukkan dua orang lelaki tengah sibuk dok memproses udang kering..
Sebabkan nak bagi udang kering tu nampak ‘fresh’ atau erti kata lain nampak seperti warna udang kering oren terang.. Dua orang mamat ni dok semburkan pewarna oren kat udang kering tu..
Patut tengok udang kering warna oren terang je, rupanya dah kena sembur dengan pewarna.. Kejadian katanya berlaku di Pasar Filipina.. Kat mana ada Pasar Filipina?? Tak tahu pula Miss A, kat mana..
Tapi, wanita yang muat naik video ini dedahkan semasa proses buat udang kering ni memang agak menjijikkan, memang tak digalakkan nak beli.. Kalau korang nak beli jugak lantak korang le.. – MissA/UtaraNews