Kegilaan buat video ‘gedik’ semakin menjadi-jadi dikalangan orang sekarang, termasuklah retis-retis tempatan u’olls.. Alaa.. Video tergedik-gedik ni kan yang guna aplikasi ‘Boomerang’ tu.. Dah ramai yang gila buat video macam tu, tak kira yang muda atau tua sekali pun..
Sebelum ni pelakon kecik molek, Ayda Jebat kena kritik kaw-kaw gara-gara buat video gedik macam ni lah.. Si Ayda Jebat tu lagi dasyat, tayang ‘lurah dendam’ bagai.. Memang padan lah kena kritik teruk! Kali ni, dua selebriti terkenal yang bergelar Hajjah, iaitu Neelofa dan Dato Siti Nurhaliza pulak kena kritik gara-gara buat video gedik ni..
Bukan setakat dorang jer kena kritik, Haji Nabil Ahmad pun turut dikritik.. Dato Siti terbabit sekali dalam video gedik tu pun kerana dijemput sebagai artis jemputan untuk program Meletop, baru-baru ni.. Mungkin Neelofa dan Nabil nak buat kenangan bersama Dato Siti, tu yang diajaknya buat video gedik ni..
Korang tengok jer lah komen-komen kritikan yang dilemparkan untuk tiga selebriti tu.. Siap ada yang gelar Neelofa macam ketam nak salin kulit, Nabil pulak dikritik macam kera kena belacan.. Sesuai sangat lah gelaran yang diberikan tu! Hahaha..
Miss harap dua selebriti Hajjah tu, lepas ni jaga lah adab dan tingkah laku dengan lebih baik yer.. Maklum lah dorang dah ada title ‘Hajjah’! So, ramai rakyat Malaysia akan lebih prihatin dan memerhati tingkah laku dorang.. Terlebih gedik sikit, habis lah kena kritik.. Hahhaa.. – Misshana/Utaranews