Gempar!! Bangunan Hospital Sultanah Aminah Sekali Lagi Berasap

Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru sekali lagi menghadapi detik cemas, apabila sebuah bangunan induk di hospital terbabit tiba-tiba berasap… sebelum ini Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan terbakar sehingga mengorbankan enam nyawa.
Tengah hari tadi, para staff dan pekerja hospital panik apabila diarahkan segera meninggalkan bangunan induk hospital berkenaan kerana bangunan tersebut mengeluarkan asap secara tiba-tiba sekitar jam 1.35 tengahari.
Difahamkan bahawa terdapat satu lagi kebakaran berlaku yang berpunca dari dewan bedah hospital terbabit… Semalam terbakar kat ICU… Lepas tu banjir pula… Kali ni, dewan bedah pulak yang terbakar. Kesian dekat pesakit hospital terbabit.
Gempar!! Bangunan Hospital Sultanah Aminah Sekali Lagi Berasap

Dimaklumkan bahawa seramai tiga orang kakitangan hospital terbabit mengalami kecederaan dan kini telah ditempatkan di unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Kemungkinan besar punca kebakaran berlaku akibat litar pintas… Kesian pesakit dan staff hospital tersebut. Lepas satu-satu dugaan yang terpaksa dorang hadapi. Rakyat dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan melulu, kerana ia mungkin akan mengganggu emosi pesakit dan waris-waris pesakit…Doakan jela dorang selamat. – TiraGomez/UtaraNews
Previous
Next Post »
loading...