SEORANG wanita dari Itali bertindak membunuh diri kerana menghadapi tekanan setelah video seksnya viral di media sosial.
Tiziana Cantone, 31, menggantung diri di sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di Mugnano, berhampiran bandar Naples.
Cantone mengalami tekanan apabila video intimnya dikongsi bersama rakan-rakan pada 2015, lapor CNN.com.
Susulan itu, video itu dimuat naik di media sosial dan ditonton lebih sejuta kali.
Video itu menjadi bahan jenaka netizen dan Cantone terus menjadi mangsa buli.
Setelah menjadi perhatian umum, dia berpindah ke Tuscany dan menukar namanya.
Dia juga berjaya mendapat perintah mahkamah di mana enjin carian diarah menghapuskan sebarang maklumat tentang video itu.
Kematian Cantone mendapat perhatian media Itali, termasuk siaran langsung majlis pengebumian Cantone.