Amy Sharp, 18, melarikan diri selepas jam 3 petang pada Jumaat 19 Ogos yang lalu.
Polis kemudian mengeluarkan kenyataan pada 25 Ogos untuk memberitahu orang awam tentang perkara itu dan melampirkan dua gambar Sharp yang diambil dalam keadaan tidak bermaya.
Gambar dah kenyataan dari polis itu kemudian dikongsi oleh laman Facebook Sydney's 7 News.
Tidak lama selepas itu, Sharp tampil memberi komen di posting tersebut meminta agar gambar yang lebih cantik digunakan di posting terbabit.
"Boleh tolong gunakan gambar ini, tolong dan terima kasih. Yang benar, Amy Sharp.", tulis Sharp.
Komen dari Amy Sharp itu menerima lebih 60,000likes dari pengguna media sosial.
Tindakan Amy menyebabkan pelayar laman sosial 'hilang akal'.
“Tolong kahwini saya," kata Mossab.
"Awak perlu diberikan pingat 'si gila'," kata Lor WB.
Pihak berkuasa Sydney bagaimanapun berjaya menangkap Amy di Wentworth Park, beberapa jam kemudian hari yang sama.
Amy sebelum ini dipenjarakan selepas didapati bersalah berkaitan kerosakan hartanah.
Sumber : FB 7 News, Sinar Online, The Guardian