lagu xpdc - Misi khas XPDC

Ada sebab kenapa anggota kumpulan heavy metal terkenal XPDC bergambar dengan kereta pacuan empat roda. Selepas menyambut Aidilfitri, Ali, Izo, Eddie dan Lola ada misi khas ke perkampungan Orang Asli.
Ali berkata, ekspedisi yang bakal dijayakan beberapa kelab pacuan empat roda itu bertujuan meninjau aktiviti dan kehidupan Orang Asli secara dekat.
“Saya dan anggota XPDC yang lain memang teruja menyertai misi ini kerana belum pernah masuk ke kawasan Orang Asli. Sebelum ini saya pernah melakukan kerja dakwah di pedalaman Sabah.

 lagu xpdc - Misi khas XPDC

“Ekspedisi ini sudah lama dirancang dan sekiranya semua berjalan lancar kami akan mulakan pada pertengahan bulan ini. Sesuai dengan nama XPDC, kami akan menjelajah dan melihat apa yang boleh dibantu.
“Kami akan berada di sana selama seminggu dan menempuh pengalaman baru,” katanya yang turut memaklumkan XPDC banyak terbabit dengan program amal dan dakwah sepanjang Ramadan lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2016 @ 7:44 AM
Previous
Next Post »
loading...