niat puasa - Marsha Milan terpaksa tangguh niat untuk berpuasa

Penyanyi dan pelakon Marsha terpaksa menangguhkan impiannya untuk bersolat tarawih di masjid, kerana dakwanya masih baru mendalami agama Islam.

Marsha Milan Londoh, 30, berkata dirinya teringin untuk ke masjid, tetapi menyedari masih kekurangan ilmu, beliau hanya mampu memendam rasa.

"Saya ada melakukan tarawih bersama suami dan keluarga di rumah. Sudah beberapa kali juga. Niat untuk ke masjid memang ada tetapi saya masih belajar.

"Kalau solat pun saya perlukan imam kerana masih tidak tahu bila masanya untuk rukuk atau sujud.

"Gerakan itu pun saya tidak ingat, apatah lagi surah dan doa yang perlu dibaca," katanya dilapor Harian Metro.

 niat puasa - Marsha Milan terpaksa tangguh niat untuk berpuasa


Bekas pelajar Akademi Fantasia itu juga masih belum dapat mengerti makna sebenar Ramadan namun tetap berpuasa seperti tahun sebelumnya.

"Kalau ditanya pengertian Ramadan secara peribadi, saya sukar menjawab soalan itu.

"Saya belum pun setahun, masih banyak yang perlu saya belajar. Saya perlu masa untuk memahami pengertian sebenar," katanya.

Marsha memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 29, pada Disember tahun lalu.

Mengakui berat badan naik selepas berkahwin, katanya beliau mengambil peluang bersahur dan berbuka secara sederhana dan mengambil makanan yang sihat.

"Berpuasa tidak asing buat saya tetapi tahun ini saya puasa berpahala.

"Saya teruja kerana ini kali pertama berpuasa bersama suami selepas lima bulan berkahwin. Tidak ada persediaan berlebihan cuma saya dan Saiful berjanji untuk bersederhana dalam hal makan.

"Saiful ada beritahu niat puasa itu paling penting. Jangan kita berpuasa kerana ingin kurus tetapi berpuasalah kerana itu tuntutan agama. Dari situlah kita dapat menambah pahala," katanya. - MMO
Previous
Next Post »
loading...