Kalau dorang tetap berdegil untuk melakukannya, ia akan menjadi perbezaan payudara dorang semakin ketara.. Pelik betul lah dengan kegilaan orang terlalu taksub dengan sesuatu benda macam tu!
Tak pernah puas dengan apa yang dorang ada.. Miss rasa korang pun kenal dengan kembar yang dikenali Anna dan Lucy DeCinque, 30 dari Perth, Australia ni, betul tak??
Dorang berkongi segala-segalanya termasuklah jugak teman lelaki.. Berkongsi teman lelaki kerana ingin mendapat anak seiras.. Untung lelaki tu dapat dua teman wanita sekali gus!
Lebih dasyat tu, dorang makan makanan dengan saiz hidangan yang sama semata-mata untuk mendapatkan berat badan dorang selari.. Pasangan kembar ni sebenarnya bukan lah kembar seiras, tapi disebabkan dorang nak nampak serupa..
Dorang sanggup membelanjakan hampir £130,000 untuk pembedahan plastik di bahagian mulut, kening palsu dan bulu mata hanya kerana mahu kelihatan sama.. Minggu lepas, Anna dan Lucy telah dinobat sebagai 'kembar paling menjengkelkan di dunia'!
Memang layak dorang dapat gelaran tu pun, terlampau taksub sangat nak serupa sampaikan payudara pun nak sama.. Taksub dok buat pembedahan plastik tu, jangan sampai rupa bertukar menjadi 'monster' sudah lah yer.. MissHana/Utaranews.com