Suami Terkejut Isteri Ada Hubungan Sulit Bersama 12 Lelaki!

Kalau nak diikutkan kes pasangan suami isteri curang memang sering terjadi, tak kisahlah suami atau isteri yang curang.. Perasaan dicurangi tu, hanya yang pernah lalui jer faham macam mana.. Betul tak?? Kalau terkena macam tu, memang akan rasa nak belasah pasangan tu sampai mati jer! Geram tu sampai tak boleh nak diluahkan lah, huh!

Satu kes curang yang menarik perhatian netizen berlaku di antara pasangan di China, kes ni memang dasyat weii! Si isteri mengadakan hubungan sulit bersama 12 lelaki sekali gus tanpa pengetahuan si suami! Hubungan tu bukan setakat hubungan biasa jer, malah sampai ke ranjang!

Suami Terkejut Isteri Ada Hubungan Sulit Bersama 12 Lelaki!


Rahsia wanita tu terbongkar selepas si suami secara tak sengaja membuka rakaman video yang dimuat dalam telefon bimbit milik si isteri.. Korang nak tahu kisah sepenuhnya?? Meh Miss cerita pasal si isteri ‘derhaka’ yang ketagih belaian jantan lain selain si suami..

Masa rahsia dia terbongkar tu, wanita yang dikenali sebagai Ah Yin tu dikatakan sedang memandikan anak perempuannya yang berusia empat tahun di bilik mandi.. Si suami pulak menonton televisyen di ruang tamu.. Masa tu lah perbuatan terkutuk si isteri terbongkar selepas bunyi pesanan daripada telefon bimbit dia didengari si suami..

Kebetulan pulak masa tu, telefon bimbit Ah Yin diletakkan di tepi kerusi yang diduduki si suami.. Si suami pun pada mulanya tak syak apa-apa pun sebelum ternampak satu rakaman video yang menunjukkan adegan bercumbu antara seorang lelaki dengan seorang wanita dengan durasi selama 15 minit..

Lebih mengejutkan si suami tu, perempuan dalam video tu adalah isterinya sendiri yang sedang asyik bercumbu dengan lelaki lain.. Si suami pun bertindaklah memeriksa telefon bimbit isterinya lagi, si suami akhirnya mendapati si isteri bukan setakat ada hubungan dengan seorang lelaki jer.. Malahan dengan 11 lelaki yang yang berlainan..

Korang kalau dapat tahu pasangan korang curang, apa korang akan buat?? Tak kan nak duduk diam dan senyum jer, betul tak?? Suami Ah Yin yang dikenali Ah Wen tu pun, naik hantu lah! Tanpa memikir panjang, Ah Wen lalu mengambil sebilah pisau di dapur dan cuba membunuh isterinya yang ketika tu berada di bilik mandi bersama anak dorang..

Ah Yin pun terkejut besar lah bila si suami naik hantu macam tu dan takut bila si suami minta penjelasan kecurangan yang dilakukannya.. Dia melihat Ah Wen macam orang tak betul, lalu terus keluar dari rumah dan membuat laporan di balai polis berdekatan..

Miss ingatkan si suami nak kejar juga si isteri sampai ke balai polis.. Tapi setelah dorang bertemu dan berbincang bersama-sama di balai polis.. Pasangan tu membuat keputusan tidak bercerai kerana memikirkan masa depan anak dorang..

Ah Yin dikatakan menurunkan tanda tangan surat penyesalan, mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tu lagi.. Demi nak selamatkan rumah tangga dorang yang dibina sejak lima tahun lalu, Ah Wen bagi peluang kepada isterinya dan meminta isterinya memutuskan hubungan dengan 12 lelaki tu..

Ah Yin tu sebenarnya beruntung dapat suami macam tu, masih dapat memaafkan dia! Sesetengah orang tak dapat terima, hanya memikirkan penceraian jer.. Nasib baik lah masa tu, Ah Wen nak baca mesej di telefon isteri dia noh..

Itulah ‘petanda’ untuk menunjukkan perangai buruk si isteri, betul tak?? Kalau tak, sampai mati dia tak tahu si isteri tu curang dan melakukan perbuatan terkutuk belakang dia.. Entah berapa ramai pulak lelaki akan berhubungan dia nanti!
Previous
Next Post »
loading...