Lagi satu, orang sekarang ni kan suka mengambil gambar.. So, bila buat sesuatu atau kebaikan sikit terus jer mengambil gambar dan kemudiannya muat naik di laman sosial untuk beritahu satu dunia apa yang dorang sudah lakukan..
Inilah sikap yang perlu kita mengelak, apa gunanya kalau kita melakukan sesuatu hanya berharap sesuatu dari orang lain.. Itu sudah menjadi riak, sia-sia jer melakukannya tanpa mendapat ganjaran!
Begitu jugalah dengan minah di atas ni! Dia bertuah kerana berjaya menjejak kaki ke Masjid Al-Haram di Mekah daripada yang belum sampai di sana.. Betul tak?? Bila melihat dia berada di sana menutup aurat dengan sempurna, rasa sejuk jer mata memandang..
Tapi bila balik tempat asal, berubah terus 360 darjah.. Jauh berbeza gila penampilannya ketika berada di tanah suci! Inilah yang dikatakan pergi ke tanah suci hanya mempersia-siakan peluang yang ada.. Pergi dengan hati tak ikhlas dan takat nak menunjuk-nunjuk jer!
Orang yang pergi hanya untuk mendapat gelaran atau saja-saja jer, orang macam tu memang rugi sangat! Sepatutnya dorang menghargai peluang tu untuk memperbaiki diri untuk berubah menjadi lebih baik, bukannya menjadi lebih teruk!