Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan perkara itu apabila telah menahan lelaki berusia 44 tahun itu selepas satu laporan polis dibuat.
Minggu lepas, video berkenaan telah tersebar di laman sosial termasuk pageSiakapkeli dimana dipercayai suami telah memukul isterinya di tepi jalan berhampiran plaza tol Ayer Hitam yang menimbulkan kemaraha netizen.
Din berkata, hasil soal siasat polis mendapati suspek memukul isterinya dipercayai kerana suka berleter dan mengaku memukul mangsa dengan kasut.