JANNA NICK KETEPIKAN TEMAN LELAKI

Bintang baru yang mula menyinar dalam arena seni iaitu Janna Nick, memaklumkan dirinya belum bersedia untuk membuka hati kepada mana-mana lelaki.

Ini kerana, figura cantik yang baru berusia 20 tahun mahu fokus dalam bidang kerjaya seninya terlebih dulu. Menurutnya, soal cinta dan siapa calon teman lelakinya akan difikirkan pada masa yang sesuai.

“Saya seorang yang sangat teruja dengan sesuatu yang baru dan pastinya saya mahu mencuba. Bukan tamak, tapi saya mencari bakat dan kebolehan apa yang ada dalam diri sendiri untuk diketengahkan kepada umum.

“Selagi masih boleh mencuba dengan peluang-peluang yang datang, mengapa tidak untuk di ceburi. Darah muda lagi… jadi biarlah saya menikmati kerjaya seni saya dulu dan soal cinta dan siapa bakal teman lelaki itu, tolak tepi dulu,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

JANNA NICK KETEPIKAN TEMAN LELAKI


Sementara itu, Mungkin Saja merupakan single sulungnya yang dicipta penuh oleh Kunci Demak dibawah label Hikayat Records.

“Selain berlakon saya juga baru saja releasekan single pertama yang dihasilkan oleh Kunci Demak. Minat menyanyi sudah lama tersemat cuma tidak pasti ada kemampuan menyanyi atau tidak.

“Mungkin Saja menceritakan tentang diri seseorang yang ada hati dengan orang yang diminatinya namun orang berkenaan tidak tahu,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaru, Janna kini sedang melibatkan diri dalam pementasan teater Zombie La La La dengan memegang watak MeMang Nak (Thailand). Teater Zombie La La La dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 13 Februari sehingga 21 Februari 2016.
Previous
Next Post »
loading...