Pelakon Almy Nadia isteri kepada pelakon Fizz Fairuz kini sedang hamil anak kedua dan kandungannya kini berusia tujuh minggu. Dijangkakan Almy akan bersalin pada bulan Oktober ini.
"Alhamdulillah ia adalah satu rezeki buat kami, malah, kami juga tidak pernah merancang untuk itu," ujarnya.
Sementara itu, Almy turut berkata, kehamilan pada kali ini membuatkan keadaan dirinya kurang selesa dan akan lebih menjaga cara pemakanan.

"Kalau sebelum ini saya terlebih berat badan sebab itu mengandung kali ini saya akan lebih berhati-hati dengan menjaga cara pemakanan dan saya juga ada mengambil nutrien kesihatan.
"Lebih teruk lagi adakalanya saya sukar untuk bangun," jelasnya.
Selain itu juga, Almy ada menyatakan lagi, suaminya ada memberitahu kepadanya bahawa Fizz gembira dengan berita ini dan kalau boleh mahukan beberapa cahaya mata lagi. Ini kerana usianya yang sudah menjangkau 40 tahun.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 31 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata Nur Afriana Ariana kini berusia setahun lebih.