Kes khalwat pelakon Shahz Jaszle

Kes khalwat pelakon Shahz Jaszle atau nama sebenarnya, Shahrizal Jaszle Jasmin, 27, masih diteruskan dan akan bersambung pada pada 23 Februari 2016.

Semalam, Shahz Jaszle memberitahu mahkamah bahawa dia telah diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, iaitu wanita yang telah ditangkap khalwat bersamanya.

Memetik laporan MStar Online, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah, Shahz Jaszle mengenali Farah yang merupakan penjaga pakaian produksi lebih kurang tiga minggu sebelum mereka ditangkap khalwat.

Shahz Jaszle yakin bahawa tangkap khalwat tersebut adalah rancangan Farah yang mahu dia putus tunang ketika itu.

Shahz Jaszle yang telah bertunang dengan Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, telah putus tunang sekitar Jun 2013. 
Pada 1 Mei lalu, Shahz Jaszle telah berkahwin dalam diam dengan seorang model sambilan Hanis Husna Mohamad Nadzree.  

Kes khalwat pelakon Shahz Jaszle


Ditanya pada Shahz Jaszle pendapat isterinya tentang kes tersebut, Shahz Jaszle memberitahu isterinya memahami dan tidak kisah untuk beliau teruskan kes ini kerana dia kenal wanita tersebut.  

Menurut rekod, 16 Mei 2013, Shahz Jaszle dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.
Previous
Next Post »
loading...