Memandu melebihi had laju membongkar kepada penemuan daun ketum

KUALA BERANG: Penahanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) atas kesalahan memandu melebihi had laju membongkar kepada penemuan daun ketum dan dadah disyaki pil kuda dalam Operasi Khas di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu suspek menggunakan kenderaan jenis Toyata ESTIMA yang dinaiki empat lelaki menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Singapura. 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas MPV itu dan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Memandu melebihi had laju membongkar kepada penemuan daun ketum


Katanya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui barangan terlarang itu yang diletakkan di dalam but kereta. "Selain menemui 10 bungkusan berisi daun ketum seberat 46 kilogram (kg) dan 911 biji pil disyaki dadah, anggota kami juga menemui tiga ekor ayam laga.


"Semua empat lelaki berusia 29 hingga 45 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya. Hussin berkata, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan, menghala ke arah Selatan.

Katanya, semua mereka kini ditahan di lokap IPD Hulu Terengganu sebelum mendapat perintah tahanan reman di mahkamah. "Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.
Previous
Next Post »
loading...