Pejam celik pejam celik sudah masuk empat tahun pasangan Fathia Latiff dan Aiman Hakim bercinta. Walaupun sebelum ini, mereka pernah break sekejap namun kerana jodoh yang kuat, mereka kembali bercinta. Aiman pernah mengucapkan kata-kata mahu menjadikan Fathia sebagai isteri. Fathia juga masih ingat dengan kata-kata Aiman tersebut.
"Sejujurnya memang saya mahukan perhubungan kami sehingga ke peringkat berkahwin kerana kami dah masuk empat tahun bercinta. Jadi, saya tak nak buang masa jika tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi nak buat macam mana, belum dijodohkan lagi untuk ke arah itu," jelas Fathia yang sudah memasang impian untuk berkahwin.
Walau bagaimanapun Fathia mengakui kesibukan mereka berdua sedikit sebanyak menjadi punca niat suci itu tertangguh.
"Masing-masing sibuk. Ketika saya kerja, dia tak kerja. Bila saya cuti, dia pula kerja. Jadi kami tak ada masa untuk duduk sama-sama cerita fasal kahwin. Saya pula memang jenis yang suka bekerja. Ada tawaran saya akan sambar," katanya yang bakal muncul di pentas teater Bawang Merah Bawang Putih pada 3 - 8 Disember ini di Istana Budaya.
Fathia turut memberitahu dia bernasib baik kerana keluarganya tidak terlalu mendesak supaya segera berkahwin.