Betty Banafe dikhabarkan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja

KUALA LUMPUR: Betty Banafe dikhabarkan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja selepas usia kandungannya sudah melepasi tempoh sembilan bulan. 

Anak yang dikandungnya itu adalah anak kedua hasil perkongsian hidupnya dengan Bruce Dargus sejak 8 Disember 2012. Anak sulungnya, Julia Claire Dargus akan genap dua tahun pada 1 Disember depan. 

"Ikutkan jangkaan doktor, saya akan bersalin awal Disember ini. Saya lahirkan anak sulung pun sekitar minggu yang sama seperti jangkaan itu," katanya kepada BH Online.. 

Betty berkata, meskipun mempunyai pengalaman melahirkan anak pertama, perasaannya tetap teruja dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. "Kehamilan kali kedua ini, perasaan teruja itu tetap ada. 

Betty Banafe dikhabarkan akan bersalin pada bila-bila masa sahaja


Malah, saya sendiri masih aktif dan bertenaga biarpun sudah sarat. Lain macam juga kehamilan kali ini," katanya. Bagaimana pula dengan jantina anak kedua ini, Betty berkata: "Insya-Allah...saya akan lahirkan bayi lelaki," katanya. Betty turut memberitahu yang dia tidak mengidam makanan pelik kali ini. 

"Semuanya nampak lancar. Tak ada meminta yang bukan bukan. Insya-Allah moga lancar hendaknya," katanya. Ahad ini, Betty akan sibuk dengan majlis memperkenalkan koleksi baharu pakaian bayi dan kanak-kanaknya dipanggil JuliaBetty Glitter Pretty 2016 by Betty Banafe di Kompleks Kraftangan di sini Tanggal 1 Disember ini genap setahun usia jenama rangkaian pakaian bayi hingga kanak-kanak berusia empat tahun yang dipanggil Julia Betty. 


Previous
Next Post »
loading...