Kecewa dengan dua perkahwinan sebelum ini membuatkan Awie lebih berhati-hati dalam memilih calon isteri. Menurut Awie, biarlah anak-anak yang membuat pilihan siapakah bakal ibu tiri mereka.
"Sebagai lelaki normal ya sudah pasti saya mahu berkahwin lagi. Namun dengan apa yang sedang berlaku sekarang saya serahkan pada anak-anak untuk membuat pilihan siapakah bakal ibu tiri mereka.
"Asalkan si dia dapat membahagiakan mereka (anak-anak), anak-anak gembira, maka saya akan sepuluh kali jadi lebih bahagia. Saya mahu mereka membesar secara normal. Saya tak mahu mereka fobia dengan apa yang telah terjadi.
"Pekerjaan saya siang malam bekerja, balik lewat, outstation dan sebagainya membuatkan saya risaukan tentang anak-anak saya di rumah. Jadi sebab itulah saya perlukan seseorang yang dapat membahagiakan anak-anak saya," jelas ayah kepada lima orang anak ini.

Awie juga memberitahu dia pernah menunjukkan gambar seseorang namun ditolak oleh anak-anaknya. Jadi Awie terus melupakan tentang wanita tersebut.
Selain dari wanita tersebut, Awie mengakui sedang 'berkawan' dengan seseorang namun masih di peringkat mengenali.
"Jodoh, maut semua di tangan Tuhan. Tuhan yang menentukan segalanya. InsyaAllah, tunggu bila dah jadi," kata Awie yang diberikan sambutan hari lahir ke 47 tahun semalam.